ABDUL RAHMAN
BIN AUF ra.
Abdul Rahman Bin Auf adaltah salah seorang sahabat
Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat
Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman
Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10
tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda
Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam
kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun
kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar
dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum
memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan
bahawa minuman arak itu adalah terlarang.
Abdul Rahman Bin Auf
telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi.
Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam
yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan
orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu
Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk
Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari
yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan
bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula
kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun
begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai
Rasulullah S.A.W.
Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk
Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar
namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang
akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang
untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan
harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali
mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul
Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada
fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk
keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.
Ramai sahabat yang telah
memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang
sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah,
tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan
menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.
Sebagai seorang Islam
yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai
penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana
memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan
pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya
telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri
Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak
berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah
rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki
dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang
melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita
lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17
wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut
termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.
Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa
temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah
s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah
keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan para
sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.
Setiba di Madinah
sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat
dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah
dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada
golongan Ansar.
Demi
kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin,
beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya,
"Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta,
dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya
juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu
antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya.
Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya
menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap
keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya
ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya
jalan menuju ke pasar.
Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat
dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan
keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak.
Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan
100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau
meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah
84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah
itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga
merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan
terhadap kaum fakir miskin.
Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah
membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu
kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu
peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk
sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan
senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan
juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh
500 unta.
Memandangkan
jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar
Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan
harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah
bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah
saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang
mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat
yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan
kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah
lindungan beliau.
Disamping
memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut
dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan
penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul
Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang
menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab
adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul
dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat
dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib
adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai
kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya
ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati
kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih
daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya
mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan
orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada
tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah
engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat,
sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.
Demikianlah jiwa
Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah.
Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan
kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara
sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki
syurga.
Dizaman
Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh
kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau
pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada
tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah
beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar
Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam
majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon
khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang
mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan
Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang
akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.
Pada tahun 31 Hijrah,
setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun,
berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun.
Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa
jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi
kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia
menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya
untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya
telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di
antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur
di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan
di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair
Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar