Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah
seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi.
Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di
salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu
tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri,
serta zuhud terhadap kemewahan dunia. Pada suatu hari, diriwayatkan
seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara
kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu
menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah
karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman
terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi
salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung.
Lalu berkata: "Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul
karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini."
Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang
dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu
menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi
Salman menjawab: "Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang
tuan ini hingga sampai ke rumah tuan". Demikianlah ketinggian
budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw.
yang tidak mementingkan darjat kedudukan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar